Saturday 11 October 2014

who's T Ananda Krishnan ??

File:Maxis Communications Logo.svg File:Maxis Communications Logo.svgFile:Maxis Communications Logo.svgFile:Maxis Communications Logo.svg






Mungkin ada juga yang tak pernah dengar nama usahawan berjaya dan juga orang kaya nombor dua Malaysia itu, tapi kebanyakannya hanyalah mereka yang tidak terdedah kepada pembangunan dan maklumat semasa.
Di negara mana-manapun akan ada manusia yang paling kaya. Itu sekadar ukuran harta benda anugerah Tuhan buat sementara untuk manusia sementara dia masih hidup.
Bagi mereka yang ada impian nak jadi orang kaya, sedikit sebanyak perlu ambil tahu juga keadaan padang yang mereka mahu bermain. Pemainnya juga perlu diperhatikan. Manalah tahu kalau-kalau ada yang boleh dipelajari.
Sekurang-kurangnya dengan mengatahui mereka ang ada dalam padang itu, kita dapat sedikit gambaran akan permainannya. Berikut saya berikan sedikit fakta ringkas berkenaan usahawan berjaya tersebut.
  1. Nama sebenarnya adalah Tatparanandam Ananda Krishnan. Berumur 75 tahun dan dilahirkan di Brickfields, KL pada 1hb April, 1938.
  2. Beliau merupakan bekas pelajar Harvard University dalam jurusan MBA. Sebelum itu beliau belajar Sains Politik di Australia. Sekolah awalnya adalah di Sekolah Tamil Vivekananda, Brickfields.
  3. Jumlah duit dalam poketnya dianggarkan dalam lingkungan RM32 Billion!
  4. Ananda mula buat duit pada awalnya adalah dalam kegiatan perdagangan minyak dengan menggunakan syarikatnya MAI Holding Sdn Bhd. Dari situ dia terbang tinggi sehingga menjadi Tycoon dalam industri perjudian, media, telekomunikasi dan jana tenaga.
  5. Uniknya Ananda Krishnan ini adalah, dia tak pernah muncul di tempat awam. Malah dia tak pernah terlibat dalam semua urusan perniagaannya dan tak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat agung syarikat kepunyaanya!.
  6. Syarikat utamanya di Bursa Saham adalah, Astro, Maxis dan Bumi Armada. Ketiga-tiganya mencecah nilai pasaran RM81.48 Billion.
  7. Sebagai usahawan dia merasakan nikmat kejayaan dan juga padah kegagalan. Namun kejayaannya jauh lebih banyak daripada kegagalan.
  8. Antara skandal besar yang sedang melandanya adalah transaksi perniagaan di luar negara terutamanya di India dan juga di Indonesia. Kedua-dua masalah tersebut masih menghantuinya sehingga sekarang dan kes tersebut masih dalam perbicaraan di mahkamah.
  9. Beliau mempunyai 3 orang anak hasil daripada dua perkahwinan. Dua orang dari perkahwinan pertamanya dan seorang dari perkahwinan kedua.
    1. Anak lelakinya Ven Ajahn Siripanyo, tidak mahu terlibat dalam perniagaan bapanya dan lebih senang menjadi seorang sami buddha di Thailand.
    2. Anak perempuannya pula tinggal di UK dan merupakan seorang doktor. Juga tidak berminat dengan perniagaan bapanya.
    3. Seorang lagi anak perempuannya pula dikhabarkan menghabiskan masa bersosial di Eropah dan tak berminat dengan perniagaan bapanya.
  10. Kesemua perniagaannya dikendalikan oleh kumpulan profesional yang terdiri dari mereka yang berkaliber dan hebat. Kemungkinan besar merekalah yang akan mengambil alih sebagai peneraju empayar Ananda Krishnan selepas ini. Calon yang menjadi sebutan ialah Brahmal Vasudevan.

No comments:

Post a Comment